Stigma sosial

Stigma sosial ialah perasaan tidak puas atau suka terhadap individu tertentu berdasarkan ciri-ciri yang mendapat tanggapan buruk masyarakat. Ia boleh datang melalui pelbagai faktor, sama ada ia berkaitan dengan budaya, obesiti, jantina, bangsa mahupun penyakit.Stigma ini boleh mempengaruhi kelakuan individu yang terjejas; individu tersebut cenderung mula berkelakuan sepertimana yang dijangkakan stereotaip masyarakat. Bahkan, ia turut membentuk emosi dan kepercayaan mereka.[1] Individu yang merupakan sebahagian daripada kumpulan yang distigmakan ini mula menyedari keadaan sebegini apabila mereka mendapat layanan yang tidak sama serta juga disisihkan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak mula sedar akan kebanyakan stereotaip budaya di persekitaran mereka seawal 10 tahun, malah tanggapan budaya sebegini boleh dirasai kanak-kanak yang tergolong dalam masyarakat yang mendapat stigma mereka pada usia yang lebih muda lagi."[1]